Kalimah Cinta

June 15th, 2005 by jifat
In-Team


Pepohon cintaku kian merimbun 


Semakin dicantas makin bertunas 


Tidak mampu mendustai hatiku 


Rasa cinta fitrah manusia 




 

Siapalah aku menolak cinta 


Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa 


Hidup ini tidak akan sempurna 


Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa 




 

C/O 


Adam Hawa bercinta di Syurga 


Angkara iblis terpisah menderita 


Kerana cinta mereka setia 


Bertemu di dunia 




 

Dengan cinta kenal Pencipta 


Dengan cinta kenal RasulNya 


Kerana cinta kenal saudara 


Bahagia keluarga 


Oh indahnya cinta




 

Hidup tanpa cinta 


Sengsaralah jiwa 


Sengketa dan dusta 


yang merajai jiwa 




 

Dibatasan cinta syariat terjaga 


Tanpa keraguan tanpa kesangsian 




 

Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan 


Betapa agungnya kebesaran-Mu 


Diri ini mengharapkan cinta-Mu 


Kekalkanlah rasa kehambaan ku


Kekalkanlah rasa kehambaan ku 




 

Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records) 


Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)

PUISI

May 14th, 2005 by jifat

CATATAN SEORANG TUA

semalamku ketemu seorang tua
wajahnya bersinar
lirik matanya tajam menikam
lalu ia berpesan

ada beza antara pemburu
dan pejuang
pemburu itu sifatnya mendapatkan
pejuang itu sifatnya membebaskan
pemburu itu sentiasa memilih
pejuang itu tetap pendirian
pemburu itu tidak pernah puas atas perolehannya
pejuang itu sentiasa bersyukur atas kurnianNya
pemburu itu inginkan pujian
pejuang itu sering dihina biarpun membawa kebenaran
pemburu itu matlamatnya acap berpindah
pejuang itu matlamatnya dinamis lagi merdeka
katanya jadilah pejuang yang ikhlas dihati
dan perjuangannya.

Semalamku ketemu seorang tua
wajahnya gelisah
lirik matanya redup dan dingin
lalu ia berpesan

Jangan biarkan payung-payung kecil
berkembang dibawah naugan payung besar
kelak hujan tiada
tetapi air melimpah tidak keruan

katanya lagi
lihatlah ke dalam dirimu
renungkan segala tindakan yang lalu
jangan menuding ke orang lain
kelak bayangnya membaluti dirimu

tambahnya lagi
jadilah seorang pemimpin
hidupnya bisa memimpin
biarpun serba kepayahan
kerana amanah ini harus
dipikul bersama

semalamku ketemu seorang tua
wajahnya tenang
lirik matanya menawan
lalu ia berpesan

bersatulah atas nama perjuangan
perjuangan yang telah lama kita bina
perjuangan bertunjang hak yang satu
perjuangan mengenal diri kita
perjuangan yang bermandikan
titisan darah dan air mata

bangunlah wahai anak-anakku
perjalanan kita masih jauh
tiada lagi masa lesu untuk kita hampiri
tiada lagi keluh kesah untuk kita tatapi
tiada lagi rasa hati untuk kita pendamkan
tiada lagi keraguan untuk kita sangsikan

semalamku ketemu lagi seorang tua
wajahnya lembut
lirik matanya bersahaja
senyumnya tampak puas dan ceria
tiada lagi pesanan dari lelaki tua
kerana hatinya kini  tenang.
Kerana dia tahu kitalah
PEWARISNYA.

Nukilan : NASH A.G
Kuala Lumpur.